
Assalamualaikum w.b.t..
Sambungan dari Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3(JVWB3)
Diteruskan dengan program untuk hari kedua JVWB3.
Program dimulakan dengan aktiviti Senam Robik bersama para pelajar dengan krew-krew JVWB3, di mana ia dikendalikan oleh Fasi Kimie, Zam dan Apit.
Selepas aktiviti senam robik, Fasi dan urusetia menyiapkan persiapan bagi Slot Motivasi yang bertajuk Abstrak Lembaran Cinta .
Sebelum Slot Motivasi, penceramah yang dijemput dari Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu En Roslie Zakarya, beliau datang ke SM Teknik Pertanian Chenor bersama-sama sembilan orang rakan 'bike'nya termasuk Dr Ekhwan, mantan penasihat Kelab Wawasan. 'Bikers' ini lebih dikenali sebagai Seven Heaven Riders.
Kedatangan Seven Heaven Riders ini bertujuan untuk memberikan semangat dan inspirasi kepada para pelajar supaya menanamkan azam dan berusaha menjadikan azam tersebut menjadi realiti, iaitu sejajar dengan tema program JVWB3 kali ini iaitu Imiginasi Menjadi Realiti.
En. Roslie Zakarya dalam Slot beliau |
Penyampaian Sijil Penghargaan kepada wakil Seven Heaven Riders |
Selepas Slot motivasi dan penyampaian sijil kepada Seven Heaven Riders, sesi bergambar bersama 'riders' dan para pelajar serta Fasi dan urusetia.
Bersama pelajar-pelajar SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR |
Sejurus selepas itu, En Rosli bersama rakan-rakannya ke Dewan Makan untuk makan tengahari.
Selepas itu, Seven Heaven Riders bergerak pulang untuk event yang lain.
Selepas makan tengahari, aktiviti seterusnya adalah Latihan Dalam Kumpulan- Uji Minda.
- aktiviti pertama adalah membentuk Segitiga yang kukuh daripada 6 batang aiskrim.
- bertujuan untuk meransang daya kreatif dalam kalangan pelajar
- aktiviti kedua adalah mengapungkan Klip Kertas dalam air.
- ini bertujuan meransang daya pemikiran di luar kotak pemikiran(out of the box)
- terdapatnya kumpulan yang berjaya dalam aktiviti ini.
Aktiviti seterusnya dikendalikan oleh Fasi Hafiz bagi slot 'Kapal Angkasa'
Tujuan slot ini adalah menguji bagaimana sesuatu kumpulan mempertahankan idea mereka kepada orang sekeliling. Ini akan memberikan dorongan kepada mereka supaya berjuang sebelum kalah.salah satu Kumpulan mempertahankan diri(idea) mereka |
Tamatnya slot LDK-Uji Minda pada pukul 5, dan para pelajar bersiap untuk solat, minum petang dan riadah
UKM vs SM Teknik Pertanian Chenor |
Pada malamnya, Malam Percikan Seni merupakan aktiviti yang dinantikan. Setelah para pelajar dibekalkan dengan 'props', mereka diminta untuk membuat persembahan mengikut kreativiti mereka.
Sesungguhnya, tidak dinafikan, para pelajar SM Teknik Pertanian Chenor sememangnya sangat kreatif dan persembahan mereka pada malam tersebut amat membanggakan.
Pengkritik Jemputan |
antara kumpulan yang membuat persembahan |
Setelah semua kumpulan mempersembahkan persembahan mereka, Slot Luahan Rasa bersama Fasi mereka. Ini bertujuan menyelami perasaan pelajar, memberikan dorongan dan panduan untuk terus berusaha supaya mereka meneruskan perjuangan untuk berjaya dalam SPM 2011 khususnya.
Aktiviti Hari kedua diakhiri dengan 'post mortem' dan perancangan hari terakhir.
Nantikan post Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3 -part 3
"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"