Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua..
Sebagai permulaan bagi Kelab Wawasan UKM Sesi 2011/2012, iaitu dengan meneruskan program yang pernah dijalankan pada sesi-sesi terdahulu, kali ini Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3 (JVWB3) telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor, Pahang pada 17 hingga 19 Jun 2011 yang lalu.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk
- memberikan pendedahan awal terhadap suasana pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam khususnya.
- bertujuan untuk memberi motivasi serta membina keyakinan yang tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar sebelum melangkah ke alam pengajian tinggi.
- berkongsi pengalaman dengan fasilitator yang berpengalaman mengambil peperiksaan SPM tentang cara belajar yang betul
- memberi pendedahan cara untuk menguruskan stress yang betul
- merapatkan jurang hubungan di antara golongan pelajar luar bandar dengan golongan mahasiswa khususnya dari Universiti Kebangsaan Malaysia
- memotivasikan pelajar untuk lebih tekun belajar dengan memberikan pendedahan tentang kursus-kursus yang ditawarkan di IPT
- memberi sumbangan baktisiswa kepada masyarakat dalam menyediakan modal insan yang baik kepada negara.


Setelah hampir sebulan lebih persiapan dilakukan untuk memastikan program ini berjalan dengan baik, maka pada 17 Jun 2011, seramai 21 orang yang terdiri daripada fasilitator dan urusetia Kelab Wawasan UKM bergerak ke SM Teknik Pertanian Chenor dari Universiti Kebangsaan Malaysia jam 3.30 petang.
Perjalanan ke SM Teknik Pertanian Chenor ini mengambil masa selama 4 jam. Setibanya kami di SM Teknik Pertanian Chenor, Cikgu Amri selaku Kaunselor, membawa kami ke dewan makan.
Setelah makan, jam 9 malam, kami menuju ke Dewan untuk bertemu dengan pelajar-pelajar yang menyertai program kami. Seramai 105 orang pelajar yang menyertai program kali ini.
Diteruskan dengan sesi suai kenal bersama Fasilitator dan Urusetia.
Setelah itu, urusetia dan fasi mengedarkan fail kepada pelajar-pelajar di mana mereka akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan di dalam fail tersebut, tercatitnya nombor kumpulan.
Pelajar diminta mencari fasi mengikut nombor kumpulan yang diberikan tadi.
Seterusnya mereka diminta duduk bersama ahli kumpulan dan sesi berkenalan antara fasi dengan pelajar secara lebih dekat.
 |
Fasilitator : Afifah |
 |
Fasilitator : Kimie |
 |
Fasilitator : Fizol |
 |
Fasilitator : Hajar |
 |
Fasilitator : Ruhaya |
 |
Fasilitator : Zam |
 |
Fasilitator : Wan |
 |
Fasilitator : Hafiz |
 |
Fasilitator : Farahin |
 |
Fasilitator : Apit |
 |
Ketua Fasi : Sheikh |
 |
Urusetia (dari kiri) : Wani, Ina, Izzat, Iez |
 |
Urusetia : Lida, Aisam |
Setelah itu, setiap kumpulan diberi masa untuk membuat "cheers" yang bertujuan merapatkan jurang hubungan antara fasi dengan pelajar dan juga menyuntik semangat pelajar supaya sekiranya ada kesungguhan, kejayaan bakal dikecapi.
Pelajar disuraikan setelah aktiviti tamat. Fasi serta urusetia bergerak ke dewan makan untuk 'post-mortem' dan perancangan hari esoknya..
Nantikan post Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3 -part 2
"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"
good job guys!!=)next JVWB?when?
BalasPadam@dyla . tQ!! dalam perancangan..insya ALLAH..
BalasPadam