Khamis, 15 Disember 2011

Kursus Asas Organisasi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 8 dan 9 Oktober yang lepas, Kelab Wawasan telah menganjurkan satu kursus yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli. Program tersebut telah diadakan di Melaka selama 2 hari 1 malam. Pelbagai akitiviti menarik telah dijalankan bagi memastikan visi ataupun matlamat utama program, dapat dicapai dengan lancar. Selain itu, ahli-ahli kelab yang menyertai program ini juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di bandaraya bersejarah itu.

Hari pertama di Melaka:


Sesudah sampai, ahli-ahli berpeluang untuk melawat di sekitar bandar Melaka.




Pada sebelah petang, sesudah 'check in' di Royal Puteri Beach Resort, sesi LDK dan 'ice breaking' pula telah dijalankan di Pantai Puteri. Aktiviti ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat antara sesama ahli.



Majlis BBQ dijalankan pada sebelah malamnya pula.




Pada hari kedua di Melaka. 

Singgah sebentar di Mydin Ayer Keroh untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.


Lawatan ke Taman Buaya, Ayer Keroh. Setelah selesai, ahli-ahli bersiap sedia untuk bergerak pulang ke UKM pula.



Jangan lupa tengok video ni skali ek... Flash Mob....



"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"

Khamis, 1 Disember 2011

Night Of Visions-Jamuan Makan Malam di UIA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua..



Pada 19 November yang lalu, Kelab Wawasan UKM telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam yang telah dianjurkan oleh Kelab Wawasan UIA. Majlis yang diberi nama "Night of Visions" itu telah diadakan di Kompleks Sukan Wanita, Universiti Islam Antarabangsa. Tujuan kami turut serta ke majlis ini, tidak lain adalah untuk turut sama memeriahkan majlis di samping merapatkan ukhuwah sesama ahli Kelab Wawasan antara universiti-universiti.


Majlis tersebut yang bermula pada pukul 9 malam itu turut dihadiri oleh Kelab Wawasan UNITEN serta Alumni Kelab Wawasan UIA. Setibanya semua tetamu, majlis dimulakan dengan ucapan oleh , wakil Alumni Kelab Wawasan UIA serta ucapan-ucapan daripada pengerusi Kelab Wawasan UKM, UNITEN dan UIA. Pelbagai agenda menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlangsung, antaranya permainan "polar bear". Selain itu,  tetamu yang hadir juga dapat bertukar-tukar pendapat sesama sendiri tentang program yang dianjurkan oleh kelab masing-masing. 


Pengerusi Kelab Wawasan UKM, UIA dan UNITEN.

Wakil dari Kelab Wawasan UNITEN

Pengerusi Kelab Wawasan UNITEN sedang memberikan ucapan

Ucapan daripada Pengerusi Kelab Wawasan UKM

Ketika acara memotong kek Kelab Wawasan:



Sepanjang majlis berlangsung:

Ahli Kelab Wawasan UNITEN

Ahli Wawasan UIA
Alumni Kelab Wawasan UIA
Ahli Kelab Wawasan UKM

Ketika permainan "Polar bear":








Diharapkan perhubungan Wawasan ini terus berkekalan sesama kita tidak kira berlainan universiti sekalipun.
Insya ALLAH, sekiranya ada lagi jemputan, dan tiada aral melintang, kami akan turut serta..
Terima kasih atas jemputan Kelab Wawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..


Sekian.




"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"