Pada 19 November yang lalu, Kelab Wawasan UKM telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam yang telah dianjurkan oleh Kelab Wawasan UIA. Majlis yang diberi nama "Night of Visions" itu telah diadakan di Kompleks Sukan Wanita, Universiti Islam Antarabangsa. Tujuan kami turut serta ke majlis ini, tidak lain adalah untuk turut sama memeriahkan majlis di samping merapatkan ukhuwah sesama ahli Kelab Wawasan antara universiti-universiti.
Majlis tersebut yang bermula pada pukul 9 malam itu turut dihadiri oleh Kelab Wawasan UNITEN serta Alumni Kelab Wawasan UIA. Setibanya semua tetamu, majlis dimulakan dengan ucapan oleh , wakil Alumni Kelab Wawasan UIA serta ucapan-ucapan daripada pengerusi Kelab Wawasan UKM, UNITEN dan UIA. Pelbagai agenda menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlangsung, antaranya permainan "polar bear". Selain itu, tetamu yang hadir juga dapat bertukar-tukar pendapat sesama sendiri tentang program yang dianjurkan oleh kelab masing-masing.

Pengerusi Kelab Wawasan UKM, UIA dan UNITEN.
Wakil dari Kelab Wawasan UNITEN
Pengerusi Kelab Wawasan UNITEN sedang memberikan ucapan
Ucapan daripada Pengerusi Kelab Wawasan UKM
Ketika acara memotong kek Kelab Wawasan:
Sepanjang majlis berlangsung:
Ahli Kelab Wawasan UNITEN
Ahli Wawasan UIA
![]() |
Alumni Kelab Wawasan UIA |
Ahli Kelab Wawasan UKM
Ketika permainan "Polar bear":
Diharapkan perhubungan Wawasan ini terus berkekalan sesama kita tidak kira berlainan universiti sekalipun.
Insya ALLAH, sekiranya ada lagi jemputan, dan tiada aral melintang, kami akan turut serta..
Terima kasih atas jemputan Kelab Wawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..
Sekian.
"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan