Sabtu, 22 Oktober 2011

Minggu Pengenalan Kelab Wawasan Sesi 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua..

Baru-baru ini, UKM telah mengadakan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar dan Kelab Wawasan turut mengambil bahagian dalam program tersebut. Minggu Pengenalan Kelab Wawasan diadakan pada 19-23 September 2011 yang bertempat di Pusanika Aras 3, UKM, Bangi. Dengan adanya Minggu Pengenalan tersebut, membolehkan pelajar-pelajar baru mengenali dengan lebih dekat apa itu Kelab Wawasan dan seterusnya mereka akan berminat untuk menyertai Kelab Wawasan. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat pelajar baru untuk menyertai Kelab Wawasan. Antara aktiviti tersebut ialah mengadakan pameran, pemberian cenderahati kepada pelajar yang berdaftar, pengedaran pamplet mengenai kelab wawasan dan sebagainya. Aktiviti tersebut telah dapat menyakinkan pelajar baru untuk menjadi ahli baru Kelab Wawasan.


Booth Kelab Wawasan

Urusetia pendaftaran

Antara aktiviti yang diadakan semasa Minggu Pengenalan Kelab Wawasan:

Pameran:







Pendaftaran ahli baru



Diharapkan Kelab Wawasan dapat menarik lebih ramai pelajar-pelajar baru untuk menyertai kelab ini. Minggu Pengenalan Persatuan merupakan satu inisiatif kepada Kelab Wawasan untuk menambah bilangan ahli baru, seterusnya dapat menjalankan pelbagai aktiviti kelab dari semasa ke semasa.


"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan