Khamis, 15 Disember 2011

Kursus Asas Organisasi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada 8 dan 9 Oktober yang lepas, Kelab Wawasan telah menganjurkan satu kursus yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli. Program tersebut telah diadakan di Melaka selama 2 hari 1 malam. Pelbagai akitiviti menarik telah dijalankan bagi memastikan visi ataupun matlamat utama program, dapat dicapai dengan lancar. Selain itu, ahli-ahli kelab yang menyertai program ini juga berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di bandaraya bersejarah itu.

Hari pertama di Melaka:


Sesudah sampai, ahli-ahli berpeluang untuk melawat di sekitar bandar Melaka.




Pada sebelah petang, sesudah 'check in' di Royal Puteri Beach Resort, sesi LDK dan 'ice breaking' pula telah dijalankan di Pantai Puteri. Aktiviti ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat antara sesama ahli.



Majlis BBQ dijalankan pada sebelah malamnya pula.




Pada hari kedua di Melaka. 

Singgah sebentar di Mydin Ayer Keroh untuk mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.


Lawatan ke Taman Buaya, Ayer Keroh. Setelah selesai, ahli-ahli bersiap sedia untuk bergerak pulang ke UKM pula.



Jangan lupa tengok video ni skali ek... Flash Mob....



"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"

Khamis, 1 Disember 2011

Night Of Visions-Jamuan Makan Malam di UIA

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua..



Pada 19 November yang lalu, Kelab Wawasan UKM telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam yang telah dianjurkan oleh Kelab Wawasan UIA. Majlis yang diberi nama "Night of Visions" itu telah diadakan di Kompleks Sukan Wanita, Universiti Islam Antarabangsa. Tujuan kami turut serta ke majlis ini, tidak lain adalah untuk turut sama memeriahkan majlis di samping merapatkan ukhuwah sesama ahli Kelab Wawasan antara universiti-universiti.


Majlis tersebut yang bermula pada pukul 9 malam itu turut dihadiri oleh Kelab Wawasan UNITEN serta Alumni Kelab Wawasan UIA. Setibanya semua tetamu, majlis dimulakan dengan ucapan oleh , wakil Alumni Kelab Wawasan UIA serta ucapan-ucapan daripada pengerusi Kelab Wawasan UKM, UNITEN dan UIA. Pelbagai agenda menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlangsung, antaranya permainan "polar bear". Selain itu,  tetamu yang hadir juga dapat bertukar-tukar pendapat sesama sendiri tentang program yang dianjurkan oleh kelab masing-masing. 


Pengerusi Kelab Wawasan UKM, UIA dan UNITEN.

Wakil dari Kelab Wawasan UNITEN

Pengerusi Kelab Wawasan UNITEN sedang memberikan ucapan

Ucapan daripada Pengerusi Kelab Wawasan UKM

Ketika acara memotong kek Kelab Wawasan:



Sepanjang majlis berlangsung:

Ahli Kelab Wawasan UNITEN

Ahli Wawasan UIA
Alumni Kelab Wawasan UIA
Ahli Kelab Wawasan UKM

Ketika permainan "Polar bear":








Diharapkan perhubungan Wawasan ini terus berkekalan sesama kita tidak kira berlainan universiti sekalipun.
Insya ALLAH, sekiranya ada lagi jemputan, dan tiada aral melintang, kami akan turut serta..
Terima kasih atas jemputan Kelab Wawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..


Sekian.




"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"

Sabtu, 22 Oktober 2011

Minggu Pengenalan Kelab Wawasan Sesi 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua..

Baru-baru ini, UKM telah mengadakan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar dan Kelab Wawasan turut mengambil bahagian dalam program tersebut. Minggu Pengenalan Kelab Wawasan diadakan pada 19-23 September 2011 yang bertempat di Pusanika Aras 3, UKM, Bangi. Dengan adanya Minggu Pengenalan tersebut, membolehkan pelajar-pelajar baru mengenali dengan lebih dekat apa itu Kelab Wawasan dan seterusnya mereka akan berminat untuk menyertai Kelab Wawasan. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat pelajar baru untuk menyertai Kelab Wawasan. Antara aktiviti tersebut ialah mengadakan pameran, pemberian cenderahati kepada pelajar yang berdaftar, pengedaran pamplet mengenai kelab wawasan dan sebagainya. Aktiviti tersebut telah dapat menyakinkan pelajar baru untuk menjadi ahli baru Kelab Wawasan.


Booth Kelab Wawasan

Urusetia pendaftaran

Antara aktiviti yang diadakan semasa Minggu Pengenalan Kelab Wawasan:

Pameran:







Pendaftaran ahli baru



Diharapkan Kelab Wawasan dapat menarik lebih ramai pelajar-pelajar baru untuk menyertai kelab ini. Minggu Pengenalan Persatuan merupakan satu inisiatif kepada Kelab Wawasan untuk menambah bilangan ahli baru, seterusnya dapat menjalankan pelbagai aktiviti kelab dari semasa ke semasa.


"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"

Jumaat, 1 Julai 2011

Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3- part 3



Assalamualaikum w.b.t..
Sambungan dari Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3(JVWB3)
Program diteruskan untuk hari ketiga JVWB3 iaitu hari terakhir di SM Teknik Pertanian Chenor.

Program pada hari ketiga ini merupakan Majlis Perasmian Penutup Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3. 

Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.


Pengerusi Majlis: Emilia

Bacaan doa oleh wakil pelajar.


Ucapan oleh Ketua Pengawas- Ahmad Nasuha


Ucapan oleh Ketua Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3- 
Nazrul Izzat Ab Rahim

Ucapan daripada Penasihat Kelab Wawasan UKM- 
Encik Khairulnizam Bin Mohamad Zuldin

 Ucapan oleh kaunselor- Encik Yang Amri Bin Awang Mat Yasir

Ucapan daripada Pengetua SM Teknik Pertanian Chenor- Encik Adnan bin Ab Malek seterusnya merasmikan penutupan Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3

Seterusnya penyampaian hadiah kepada kumpulan yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga
 

tempat ketiga

tempat kedua

tempat pertama
Penyampaian cenderahati daripada Kelab Wawasan kepada Tuan Pengetua
Cenderahati kepada Cikgu Yang Amri
Penyampaian buah tangan daripada SM Teknik Pertanian Chenor kepada Fasilitator dan Urusetia

Sesi bergambar
Bersama Krew-krew Program JVWB3
Pelajar-pelajar perempuan SM Teknik Pertanian Chenor
Pelajar lelaki







Diharapkan program sebegini akan menjadi medium untuk mendekatkan para pelajar dengan mahasiswa Universiti supaya dapat menyuntik semangat mereka untuk menanamkan cita-cita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akhir kata,
Kami dari Kelab Wawasan UKM mendoakan para pelajar tingkatan 5 SM Teknik Pertanian Chenor yang menyertai Program Jejak Varsiti Wawasan Bersama 3, berjaya dalam peperiksaan SPM 2011.

Semoga Berjaya


"BERSATU MEMPERKASA BANGSA"